Wednesday, August 11, 2010

Soal Jawab ShameliNetwork

Straight to the point , ramai orang yang menyertai MLM gagal. Satu kajian menunjukkan 98% gagal setelah menyertai MLM. Jadinya ada 2% sahaja yang berjaya. Wahh.. sikitnya yang berjaya. Tetapi begitulah hakikatnya. Setelah saya membuat kajian, berikut adalah beberapa jawapan untuk soalan Kenapa anda gagal dalam MLM?

* Ramai orang yang menyertai MLM sebenarnya, tidak tahu apa maksud MLM (pemasaran berperingkat / Jualan langsung). Konsep MLM sangat penting kerana anda membuat perniagaan ini berpandukan pelan strategi tersebut.? Jadi nasihat saya kepada anda, berikan komitmen anda 100% mahupun 120% untukbisnes anda bagi memahami konsep perniagaan syarikat MLM tersebut.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

hadirkan diri anda ke Bisnes Preview mahupun berjumpa leader2 berhampiran anda

* Ada juga orang setelah menyertai MLM tidak percaya dengan sistem pelan pemasaran yang boleh mendatangkan hasil. Malah orang tersebut tidak mempercayaiupline yang ingin membantunya. Meraka katakan syarikat MLM menjalankan satu skim penipuan dan mereka telah ditipu.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

anda boleh pergi berjumpa dengan upline anda, malah di Shamelin Bina, kita berikan anda top leader untuk di hubungi.. mereka bertanggungjawab membantu anda untuk berjaya.

* Pengaruh luaran membuat anda gagal. Pengaruh negatif ini memang satu unsur yang merbahaya. Malah pengaruh negatif ini datang dari orang sekeliling anda, iaitu kawan, keluarga, dan jiran anda. Mereka selalu memperkatakan benda-benda buruk tentang perniagaan anda, walaupun mereka tidak tahu apa yang anda niagakan. Itu sudah sememangnya lumrah manusia, sakit hati dengan kejayaan dan usaha orang lain. Bukannya untuk memberikan galakkan malah dicemuhnya. Jangan bimbang anda melakukan perniagaan yang halal. Jadi jangan takut!

Penyelesaian di ShameliNetwork :

Jadilah anda seorang yg “pekak” pada suara2 sumbang di sekeliling anda, jadikan apa yg mereka katakan sebagai satu suntikan semangat kepada anda utk berjaya di Shamelin Bina. dan cuba untuk lebih mendekati leader2 atau upline agar semangat anda terus di bara hingga anda berjaya.

* Anda tiada keyakinan. Tanpa keyakinan mana mungkin anda dapat menerangkan dan menjual sesuatu barang kepada seseorang. Lama kelamaan meraka ini akan malas meneruskan perniagaan yang disertai lalu putus asa dan berhenti melakukannya. Selalunya tiada keyakinan ini datang selepas anda tidak mempercayai MLM ini.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

untuk menyelesaikan masalah ini, hanya diri anda sahaja yang dapat membantu… jika anda rasa mahu suntikan yg positif, hadirkan diri ke Bisnes Preview, Training dan Super BOP yang di anjurkan, pasti aura positif itu akan mengalir ke minda anda

* Mempunyai upline yang tidak berkaliber. Ini merupakan perniagaan kumpulan.? Anda memerlukan bantuan downline dengan sokongan upline. Tanpa upline yang aktif, anda juga tidak akan aktif. Bapa borek anak rintik.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

Di Shamelin Bina anda mempunyai bukan seorang atau dua, tetapi ramai leader-leader yg xmungkin, kesemuanya nya tidak berkaliber. malah, anda boleh hubungi leader yg teratas jika tiada yg mahu membantu. Kepada yg masih baru, cepat2 aktif dan jadilah leader yang berkualiti!!

* Bukan orang sekeliling sahaja yang negatif, terdapat juga ahli-ahli atau pengedar yang negatif. Mereka memberitahu kepada ahli yang baru mengenai sistem MLM danupline mereka yang teruk. Sebenarnya mereka yang teruk bukan MLM atau upline tersebut kerana mengumpat!

Penyelesaian di ShameliNetwork :

kita mempunyai sistem yang amat canggih dan berkesan di mana kita telah menapis terlebih dahulu orang2 yang berkualiti dan benar2 mahu sertai bisnes ini.. jadi rasanya tiada kes seperti ini di dalam Shamelin Bina.

* Penipuan terdapat di mana-mana. Kebanyakan skim piramid menganggap diri mereka adalah MLM. Mereka mengajak prospek menyertai di bawahnya untuk membina satu empayar perniagaan. Mereka mengubah konsep dan menipu prospek.? Apabila orang itu mendapati itu adalah penipuan, mereka tidak akan lagi mempercayai MLM. Apabila seseorang tidak mematuhi janjinya sekali, orang tidak akan mempercayainya seumur hidup. Orang tersebut tidak akan ingin mendengar perkataan MLM walaupun itu bukan penipuan.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

Fahamkan, dimana-mana kita berada, kita sememangnya akan terjumpa dengan "skim Piramid" yang mana kita boleh lihat di sekolah,ada Guru Besar di atas,selepas itu PKHEM,penolong kanan. Tidakkah itu juga skim piramid?. Di Shamelin Bina,kita mengamalkan sistem binary iaitu anda boleh mendahului upline anda tidak kira dari segi bonus mahupun pendapatan.. tiada unsur penipuan kerana anda direct terus berhubung dengan company bermula dari sistem sehinggalah ke bahagian produk mahupun bonus..

* Ramai orang setai MLM kerana desas desus yang mengatakan MLM itu mudah. Mudah tanpa bekerja banyak. Mudah untuk mencapai kebebasan kewangan. Tidak semudah itu. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa berusaha. Berusaha mempelajari selok belok perniagaan, produk yang dijual dan lain-lain.

Penyelesaian di ShameliNetwork :

kita tidak memaksa prospek untuk join jika tidak faham dengan bisnes Shamelin Bina ini, malah kita telah tekankan dari mula lagi, Shamelin Bina adalah BISNES!! anda perlu berusaha melakukannya, namun anda akan di beri tunjuk ajar agar anda lebih mudah menjalankan bisnes ini.. just follow the leader!!

Cukup setakat ini, mungkin pada satu hari nanti saya ada lagi jawapan yang lain, saya akan berkongsi dengan anda semua. Jika anda percaya MLM boleh membantu anda beroleh pendapatan, teruskanlah. Jika anda berasa MLM satu program penipuan, cuba fahaminya dahulu sebelum membuat tindakan melulu. Jika anda berasa MLM tidak mendatangkan apa-apa malah banyak wang yang mengalir keluar dari masuk, jadi jangan sertai dan tinggalkannya. Tepuk dada tanya selera. Selamat Berpuasa!